Friday, 15 May 2009

5th: Senjata org Mukmin di kala peperiksaan

_______________________________________________________________
''In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful''

Exam just around the corner...macam2 masalah
hati dan jiwa datang tiba2... Masa nak exam ni la cabaran dan dugaan datang bertimpa-timpa (masalah peribadi, masalah keluarga, segala jenis masalah pun datang)... Hati semakin lemah, emosi semakin tak menentu...Susahnya nak focus!!! Syaitan datang berduyun-duyun, menggoda manusia yang sememangnya lemah...



Tetapi, orang mukmin sangat beruntung...peganglah kepada doa yang akan sentiasa menjadi senjata dan pelindung diri kita...Jangan terlalu mengikut nafsu kerana kebanyakannya datang dari bisikan syaitan...

Doa Menghindar Syaitan

Terjemahan:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.



Selalu titipkan doa mengiringi usaha mengulangkaji pelajaran... Semoga Allah memeberkati ilmu yang diperoleh... Amiin~

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


___________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment