Friday, 8 May 2009

4th: Doa rabitah (versi KMB)



''In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful''

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di peribumi Mu

Hati ini telah berpadu
bersatu
memikul beban Dakwah Mu

Hati ini telah mengikat setia

untuk mendaulat untuk mendukung

Syari'ah Mu
di alam maya
maka Ya Allah
eratkanlah ikatan yang ada

maka Ya Allah

eratkanlah ikatan yang ada


Kekalkan kemesraan yang ada
tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkanlah dengan cahaya Mu

tiada malap terangi alam Mu

Hidup suburkanlah dengan ma'rifah Mu
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sebagai Syuhada

dalam Perjuangan menegakkan

agama yang mulia

dalam Perjuangan menegakkan

agama yang mulia....



Doa rabitah menekankan perjuangan Islam...seperti dalam firman Allah dalam Surah at-taubah (surah ke 9), ayat 38-41:




[38] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu,
apabila dikatakan kepada kamu:
Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan merugikan Allah sedikitpun . Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.

[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengusirnya (dari negerinya Mekah); sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan (dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

No comments:

Post a Comment